Tuesday, June 25, 2013

Dear blog,

I'm hurt. Because of small little issue, we had a fight. We had a big fight. 

We never had a big fight like yesterday night. I am really hurt. 

I hurt that bad that I didn't feel like anything. 

All I know is to cry like a baby. 

I used to promise myself that I will never ever let myself get hurt.

I will never ever cry like a baby just because I am hurt. 

Never do I let it happen but it just happened yesterday night. 

I love him. I love him with all my heart. I love the way he is himself around me. 

I love the way he acted while I'm around. I love him just the way he is! 

I felt insulted when he said that he is not worth to me because of stupid things. I hate him! 

I hate him so much that i feel like to give a punch on his face. 

Just to let him know how much I'm hurt.

Saturday, April 6, 2013

Random Entry

Hari ini hari Sabtu yang best. Kenapa aku cakap best? Sebab ini hari sudah masuk weekend. Bila dah masuk weekend, ofis tutup. Bila ofis tutup, secara otomatiknya aku tak boleh masuk dalam ofis dan buat kerja. So, weekend adalah hari di mana orang-orang ofis duk umah diam-diam bersenang lenang sambil goyang goyang kaki! Yeayyyyyyy :D

Aku rasa macam panjang berjela bebenor mukadimah aku. Ana ooh Ana. Apesal la suka sangat bagi orang tak sabar sabar nak tahu pasal apa yang ko cuba nak sampaikan? Kenapa? Kenapa? hahah

Setelah dua minggu lebih tak berjumpa dengan arjuna hati saya *ehemehemhem , maka malam kelmarin yang lepas beliau telah berjanji dengan saya untuk membawa saya keluar makan malam. Petang itu, hujan turun dengan sangat lebatnya. Lebat wooo sampai naik lencun aku berhujan masa nak punch card dekat Guard House. Nasib baik mak tak demammmm!

Kesinambungan cerita diteruskan pabila si arjuna hati telah bersusah payah mengharungi trafik yang sesak dan banjir tinggi di lebuhraya PG. Bravoooo! Tapi takdelah nak bravo sangat sebab bila beliau dah fetch aku dekat rumah, kami berdua stuck dekat Bakar Batu. Disebabkan nak hilangkan ketensenan dalam diri, maka arjuna mengambil keputusan untuk berhenti seketika di stesen minyak berdekatan untuk solat maghrib.

* Aku rasa macam tengah buat karangan SPM laaa sehhhhh -,-

Tak. Tak. Tak. Aku cuma nak cerita malam tu aku pergi makan Nasi Kerabu dengan yang tersayang. Dia kata dah lama aku teringin nak makan kan, so malam tu dia nak bawak aku pergi makan dan melepaskan kempunan aku. hahahah. Cik abang makan Nasi Dagang which is not my favorite. Kenapa eh?

Ooh ye, masa aku pergi SUKMA Terengganu yang lepas, aku stay Terengganu hampir sebulan sebab nak biasakan diri dengan keadaan laut dan angin di sana. Seminggu yang pertama di sana, aku makan je pe yang ada sebab takde sape nak masak plus kami semua makan di kedai makan depan homestay tempat kami tinggal. Gila muakkkkkk aku bila makan Nasi Dagang almost everydayyy! Sampai satu tahap, minggu kedua aku disana, aku makan biskut atau roti yang dicecah dengan milo panas T____T

Hujan batu simen sentiasa di negeri sendiri. JOHOR di hatikuuu! Sebulan lebih aku kat sana, balik daripada event SUKMA, aku dah pesan kat ibu awal-awal supaya masak lauk kegemaran aku which is Asam Pedas Daging! Heavennnnn! Lepas tu dapat pulak makan Soto Ayam dengan bergedil, lagiiii heaven! hahaha

Office hour dah nak habis. Nak berkemas-kemas dulu. Nak balik! Nak goyang goyang kaki! :D

*to be continue

Thursday, April 4, 2013

Anggap ini semua satu pengajaran hidup

Status pesbuk aku ini hari : Semoga hari ini lebih baik daripada semalam

Bila aku dah meng-update status sebegitu, bukanlah bermakna aku sesaja nak update begitu. Tidak. Status itu merupakan satu doa yakni aku sangat berharap ini hari lebih baik dari semalam! Tersangat berharap! Tapi...

Tengah malam semalam aku selsema teruk. Oh ye, selsema aku makin teruk sejak menjak kebelakangan ini. Sampai kenkadang aku rasa tahap tensen aku makin tinggi sebab aku selsema. Ini serius. Jadi, bila aku bangun pagi, aku rasa sangat tak selesa dan baru aku perasan peti suara aku pun macam dah lari tone sikit. Aku suspek sebab satu malam aku selsema. Eh, ye ke? -,-

Pagi ini aku bersiap awal ke ofis sebab ayah nak bertolak ke KL selepas sahaja menghantar anak-anak beliau ke tempat kerja. Maka apabila dah sampai ofis, mood aku masih belum sampai sebab tone suara aku dah lari sikit. Amende ntah Ana nie. Tone lari sikit pun nak moody.

Memulakan kerja seawal jam 830am dan pepagi hari lagi aku dah kena bash dengan Manager baru aku. Mood terasa macam bengang, malu, kecewa dan rasa ' baiklah, memang salah aku pun. '

Ini hari semacam lebih teruk daripada semalam. Tapi, lebih baik aku take positive, ye dak? Setakat ini apa yang berlaku dah bagi effect mood aku untuk moody sehari suntuk. Tapi, ah. Itu semua syaitan laknat belaka. Aku masih menaip entri ini dengan muka berkerut sambil praktis praktis agar muka aku nampak manis dan ceria ini hari. 

Pekerja-pekerja aku sangat behave dengan aku. Maka, takkanlah aku nak lepaskan amarah pada mereka? Itu bukan aku. Bukan.



Tuesday, April 2, 2013

saya kenal sayang saya

Dulu, hati aku macam gula gula kapas. 
Dari luar lembut lembut gebu, tapi bila dah kena air, dia jadi keras. 
Err, macam salah je perumpamaan aku bagi nie. 
Hikhikhik. Ignore pleaseeee.

Aku tak suka bercerita pasal kisah lama. Lagi-lagi kisah kisah yang berkisar pasal jatuh aku yang tak sudah sudah dan sadis. Aku suka bercerita pasal present. Yakni segalanya perlulah present tense dan tak perlu nak bercerita dan cerita yang menjurus ke arah penggunaan past tense. Aku tak suka.

Kepada kawan-kawan yang mengenali aku, mereka sudah sedia maklum pasal perangai aku yang satu nie. Aku suka diam dan diam dan cool. Ciss. Bak kata NMH, aku ego. Elehhhhh :p

Dulu, aku selalu rasa aku nie tak mungkin akan jumpa someone yang boleh terima aku seadanya. Dengan sikap aku yang agak keras hati, dengan sikap degil dan angin tak tentu masa, dengan sikap suka berdikari sendiri tak suka orang tolong. Ye, aku mempunyai sikap yang amat buruk dan agak annoying dan mana-mana lelaki yang nak kenal dengan aku, akan jadi cancel nak kenal sebab sikap aku yang buruk dan buruk ini.

Sehinggalah aku jumpa dengan sorang mamat nie. Mamat kerek dan sombong. Aku tak sangka mamat kerek dan sombong itulah yang mulakan langkah pi cari jalan nak berkawan dengan awek yang kerek dan mempunyai sikap yang buruk ini. Kehkehkeh :D

Ooh ye, setelah sesi layan tak layan aku, baru aku tahu nama mamat kerek tu Nik Mohd Hisyam
Bila tanya pasal umur, umur dia tua sikit je dari aku. *Ingatkan dah tua 
Bila tengok dari sikap perhatian dari segi bab agama, walaupun tak luas pengetahuan tapi aku salute habis dengan sikap suka bertanya dia lagi-lagi melibatkan hal agama yang dia kurang tahu. 

Orang cakap, tak kenal maka tak cinta.
Sekarang aku dah tak panggil dia mamat kerek dah hikhikhik :p

Kami berdua macam air dengan api. Selalunya, dua-dua akan jadi air atau api bila salah seorang daripada kami tengah marah/sedih/ stress. Hisyam selalu jadi air bila aku marah. Dia selalu ada bila aku sedih dan tertekan. Hisyam selalu sabar bila aku degil dan buat apa-apa ikut suka hati lemak cili padi aku. 

dan yang paling buat aku rasa bahagia dan suka sangat bila dia menerima aku seadanya. Masa kami baru memula kenal, aku dah tunjukkan sikap-sikap aku yang aku mentioned di atas. Aku tunjuk habis habisan sikap aku yang buruk dan buruk. Aku tunjuk dia sikap aku yang degil. Aku tunjuk segala sikap malas aku. Aku siap bagitaw dia awal-awal aku bukanlah macam perempuan melayu terakhir yang reti kemas rumah, reti memasak, menjahit dan blablablah. Dalam hati aku time tu tak kisah pun sebab aku rasa semua lelaki sama je. Semua nak yang cantik bergaya sempurna. Aku? Hampeh satu pun xde.

Tapi Hisyam tak pernah kisah semua itu. Dia tak kisah pun kalau aku gemuk tapi dia cukup kisah kalau aku kurus sebab antibody aku akan jadi lemah. Dia tak kisah pun kalau aku tak reti bergaya dan berdandan bagai sebab dia kata aku pakai apa pun cantik *ayat amek hati kahkahkah :p

dan setiap kali dengan lagu 150Juta- Fynn Jamal, kami ketawa bersama sebab lirik lagu tu just menggambarkan sikap kami berdua :D

Baru aku tahu, rupanya hati kita akan rasa bahagiaaaaaaaaaaa sangat kalau orang accept kita seadanya. Tak perlu nak pura-pura, tak perlu nak sesak nafas bagai. Just being the way we are!!

' Baju ronyok tak apa, asal pakai selesa; berkilau tak bermakna, kalau hati tak ada '



Wedding Aliya 10.11.2012

Sejak menjak dua menjak tiga menjak ini, kelihatannya sifat pemalas yang berada dalam diri makin lama makin lemak. Seiring jua dengan peningkatan level level babat dalam badan aku. Ciss! Gua tensen.

Oh ye, disebabkan aku malas nak menaip dan rasa macam kurang ada mood nak taip dan cerita panjang-panjang, maka seperti entri lepas, aku sajikan gambar gambar sahaja sudah cukup kot. Kahkahkah! Bajet retiss -,-



Pepagi hari dah bersemangat betei sebab nak pergi wedding kawan satu ofis dekat Muor.
Almaklum, aku dah lama tak berjalan jalan semenjak bekerja ni. 
Setakat ulang alik JB-PG, dah selalu kot -,-



Aku rasa nak gelak guling guling plak bila tengok aku dalam gambar ini. Alahaii.



Cheseeeeee



Empunya badan baru je distribute gambar gambar wedding beliau semalam. So, ini hari baru aku letak. Oh ye, ini cerita November 2012 yang lepas.

Sekian.


Thursday, March 28, 2013

Wordless Wednesday



Hari ini hari Khamis.

Tapi aku nak buat ala-ala Wordless Wednesday.

Motif? Sebab aku malas nak menaip.

Maka, aku sajikan gambar-gambar sahaja dengan harapan nampaklah juga bahawa blog aku ber-update!



Ehem-ehem ehemmmm !!


Ayu sokmooo :D

Tuesday, March 12, 2013

Bila Stress Menguasai Diri

Kita bertemu semula dalam segmen " Stress " 



Senyap



Senyap




Dah kenapa ko dengan ko nie?

Menghilang kemain lama tup tup muncul dengan segmen "Stress" bagai.

Bajet retis ke hape? *cubitcubitpipi




Aku sekarang berada di ofis. Dalam keadaan marah dan tertekan.

Aku stress bila semua kerja orang duk tolak kat aku. Aku stress sebab badan aku makin gemuk. Aku stress weh. Stress.


Dah! Dah! Pi sambung wat kerja ~

Friday, January 25, 2013

Jadilah Orang Paling BAHAGIAAAA :')

Duduk sensorang dalam ofis, tak tau nak buat apa. Later I realize that I've been busy lately with my work and I shall spent some time to release all those stresses! Blogging and typing and writing and blablabla :)

Pernah tak rasa diri ni tak bahagia? I mean, bila kau tak dapat naik pangkat, takde gaji besar, kereta besar, then ko merungut dan babbling that kau tak bahagia? Typical right? Tapi, seriously aku pernah jumpa orang-orang macam tu. Yang jenis bila tak dapat naik pangkat, mulalah nak meroyan sana sini padahal sendiri pikir la kualiti kerja yang sendiri buat itu bagaimana rite? Ada juga yang jenis bila kena saving dan berjimat cermat, mula bising cakap hidup susah dan miskin padahal masih lagi boleh makan, masih lagi boleh pakai Galaxy Note, masih lagi boleh pakai handbag harga ratus-ratus. See?!

Sejak menjak aku kerja, da dekat dua tahun, sikit sikit aku dah boleh adapt dengan environment luar ini. Kalau dulu aku selalu sangat berada dalam safety zone tapi bila dah keluar bekerja, mestilah ko kena belajar hadapi dunia luar ni, ye dop? Aku juga perhatikan satu menda. Ada juga sesetengah orang yang aku jumpa suka gilerrr dengar kata-kata manis. Yakni dalam hal nie, pihak atasan aku yang paling tinggi la ye. Tak perlu la aku nak mentioned sape nama beliau, apa jantina beliau dan blablabla. Yang aku harus mention, susah juga ye kalau aku nak puji manis-manis bagai. I mean, setakat nak puji cantik/lawa/comel, its okey lagi laah. TAPI, nie part nak sokong dalam hal kerja. Melibatkan decision making. Kalau dah logik akal aku mengatakan tak betul, takkanlah aku nak gi sokong. Betul tak? Erghhhh >__<

Pengajaran yang aku dapat dan terapkan dalam kehidupan seharian aku senang je. JANGAN merungut dan JANGAN sesekali rasa tak cukup. Tak dinafikan kenkadang memang ada situasi dimana aku rasa susaaaaah dan depressed gila tapi bila mengenangkan semua nie ujian, secara otomatik beristigfar. Betapa bertuahnya aku sebab walaupun keadaan kewangan kadang-kadang tak mengizinkan, sekurangnya aku ada pekerjaan tetap. Bebudak lain walaupun sebaya aku, tak merasa pegang duit sendiri melainkan ehsan ibu bapa dan PTPTN. Walaupun tak dinafikan aku gila kerja, sekurangnya masih ada juga yang setia ingatkan aku supaya hentikan kerja selepas 5.30pm +__+; ada juga yang sayangkan aku seadanya; ada juga yang sentiasa mendengar rengekan aku setiap hari.

So, kenapa perlu rasa tak bersyukur? Bila kita terapkan dalam diri kita sifat bersyukur, secara otomatisnya kita akan rasa bahagia. Tak percaya? Cubalah :)


Thursday, January 10, 2013

A Very Short Note

* mencuri sedikit masa di ofis untuk update blog

Sebenarnya, aku stress. Aku stress sejak menjak bos aku resign, aku take over kerja beliau. Aku stress sebab sejak menjak aku buat kerja beliau, kerja aku bertambah banyak dan aku tak sempat menyempat nak buat kerja aku sendiri.

By the way, kelmarin aku attend interview. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada si kekasih hati sebab sudi menemani hingga ke waktu makan tengah hari. Walaupun sekejap tapi tetap rasa suka dalam hati. Well, sebab ada orang teman. Ko tak suka ke? haha

Awal tahun ini, banyak sungguh perkara yang nak diselesaikan. Pening pun ada. Ah, dugaan semua ini. Janganlah mengalah Ana. Kalau tak kerana semua yang disayangi berada di sisi, mungkin dah lama aku rebah. Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini. Amin.

Baiklah Ana, sila sambung kerja.

Sekian.

Friday, January 4, 2013

Happy New Year 2013 :)

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2013!!!



Tahun baru, azam baru? Agak lama juga saya tinggalkan blog site ini. Andai kata si kekasih hati tidak beriya-riya nak baca blogsite saya nie, mungkin post saya akan terhenti setakat yang ada sahaja. Ah gitu? :)

24 Februari depan, genaplah usia saya sebanyak 22tahun. Terima kasih ibu ayah sebab membesarkan along dengan sebegini sihat dan gembira. Walaupun keluarga kita tak semewah orang lain, tapi hidup kita sederhana dan masih boleh makan minum seperti biasa. Mungkin kenkadang ada masa kena save dan berjimat bagai, tapi takper. Asalkan along masih kerja, along akan support keluarga kita :)

Kepada yang tersayang, bulan Feb juga genap setahun kita bersama.Terima kasih atas segala kasih sayang, perhatian dan segalanya yang awak curahkan. Tak dinafikan selama hampir setahun kita bersama, banyak pengalaman dan kenangan yang kita harungi bersama. Terima kasih sebab terima saya seadanya. Terima kasih sebab tak pernah putus asa dalam memujuk saya dikala saya marah, terima kasih sebab sentiasa marah saya pabila saya membuat kesilapan dan terima kasih atas segalanya yang kita harungi bersama. Semoga perhubungan kita akan kekal hingga jinjang pelamin, anak cucu, atok nenek dan blablabla :) Amin Amin Amin

Kepada officemate yang dikenali, terima kasih atas segala budi bicara anda selama saya berkerja di syarikat ini. Terima kasih tak terhingga kepada para ketua yang disayangi kerana menyayangi saya ibarat sayangkan seorang anak, beri tunjuk ajar, marah, dan membela saya dikala saya ditindas oleh orang lain. Terima kasih kerana sudi menerima dan mengambil saya sebagai salah satu daripada team Warehouse. Terima kasih juga kerana mengajar dan tunjukkan kepada saya kehidupan di luar, kehidupan realiti. Terima kasih boss :)

To do list 2013, insyallah:-

a) lesen kereta
b) kereta sendiri
c) ASB
d) back-packing

Listing saya tak banyak sebab listing di atas pun sudah cukup besar pada saya. Insyallah kalau dipermudahkan, segala listing itu berjaya saya penuhi. Amin. Amin

With love,

Ana