* mencuri sedikit masa di ofis untuk update blog
Sebenarnya, aku stress. Aku stress sejak menjak bos aku resign, aku take over kerja beliau. Aku stress sebab sejak menjak aku buat kerja beliau, kerja aku bertambah banyak dan aku tak sempat menyempat nak buat kerja aku sendiri.
By the way, kelmarin aku attend interview. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada si kekasih hati sebab sudi menemani hingga ke waktu makan tengah hari. Walaupun sekejap tapi tetap rasa suka dalam hati. Well, sebab ada orang teman. Ko tak suka ke? haha
Awal tahun ini, banyak sungguh perkara yang nak diselesaikan. Pening pun ada. Ah, dugaan semua ini. Janganlah mengalah Ana. Kalau tak kerana semua yang disayangi berada di sisi, mungkin dah lama aku rebah. Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ini. Amin.
Baiklah Ana, sila sambung kerja.
Sekian.
No comments:
Post a Comment