Friday, January 25, 2013

Jadilah Orang Paling BAHAGIAAAA :')

Duduk sensorang dalam ofis, tak tau nak buat apa. Later I realize that I've been busy lately with my work and I shall spent some time to release all those stresses! Blogging and typing and writing and blablabla :)

Pernah tak rasa diri ni tak bahagia? I mean, bila kau tak dapat naik pangkat, takde gaji besar, kereta besar, then ko merungut dan babbling that kau tak bahagia? Typical right? Tapi, seriously aku pernah jumpa orang-orang macam tu. Yang jenis bila tak dapat naik pangkat, mulalah nak meroyan sana sini padahal sendiri pikir la kualiti kerja yang sendiri buat itu bagaimana rite? Ada juga yang jenis bila kena saving dan berjimat cermat, mula bising cakap hidup susah dan miskin padahal masih lagi boleh makan, masih lagi boleh pakai Galaxy Note, masih lagi boleh pakai handbag harga ratus-ratus. See?!

Sejak menjak aku kerja, da dekat dua tahun, sikit sikit aku dah boleh adapt dengan environment luar ini. Kalau dulu aku selalu sangat berada dalam safety zone tapi bila dah keluar bekerja, mestilah ko kena belajar hadapi dunia luar ni, ye dop? Aku juga perhatikan satu menda. Ada juga sesetengah orang yang aku jumpa suka gilerrr dengar kata-kata manis. Yakni dalam hal nie, pihak atasan aku yang paling tinggi la ye. Tak perlu la aku nak mentioned sape nama beliau, apa jantina beliau dan blablabla. Yang aku harus mention, susah juga ye kalau aku nak puji manis-manis bagai. I mean, setakat nak puji cantik/lawa/comel, its okey lagi laah. TAPI, nie part nak sokong dalam hal kerja. Melibatkan decision making. Kalau dah logik akal aku mengatakan tak betul, takkanlah aku nak gi sokong. Betul tak? Erghhhh >__<

Pengajaran yang aku dapat dan terapkan dalam kehidupan seharian aku senang je. JANGAN merungut dan JANGAN sesekali rasa tak cukup. Tak dinafikan kenkadang memang ada situasi dimana aku rasa susaaaaah dan depressed gila tapi bila mengenangkan semua nie ujian, secara otomatik beristigfar. Betapa bertuahnya aku sebab walaupun keadaan kewangan kadang-kadang tak mengizinkan, sekurangnya aku ada pekerjaan tetap. Bebudak lain walaupun sebaya aku, tak merasa pegang duit sendiri melainkan ehsan ibu bapa dan PTPTN. Walaupun tak dinafikan aku gila kerja, sekurangnya masih ada juga yang setia ingatkan aku supaya hentikan kerja selepas 5.30pm +__+; ada juga yang sayangkan aku seadanya; ada juga yang sentiasa mendengar rengekan aku setiap hari.

So, kenapa perlu rasa tak bersyukur? Bila kita terapkan dalam diri kita sifat bersyukur, secara otomatisnya kita akan rasa bahagia. Tak percaya? Cubalah :)


No comments:

Post a Comment