Wednesday, October 19, 2011

Wednesday, October 12, 2011

Bila semua dah siap, hati AM pun riang ria laaah!

Hoooooray
Finally I've completed my Fundamentals of Marketing assignment!!! Super duper happy laaa weh!!! Tahu tak berapa lama masa yang kami ambil untuk siapkan? Hard work selama dua minggu akhirnya siap jua akhirnya!!! Yeaaaaay!!!

Selama ini saya selalu mengelak dari mengambil tugas menjadi editor TAPI kali ini saya terpaksa juga ambil tugas ini kerana kenkawan yang lain cakap saya lebih bagus dalam linguistik, maka saya kena ambil tugas ini. Okey, saya mengaku bahawa kerja edit-mengedit assignment dan paper work sebanyak sepuluh helai merupakan tugasan yang boleh buat saya sakit kepala, nak muntah darah pun ada ( ayat je lebih padahal tak pun ) dan blablabla. Susaaaaaaaaah tahu tak? Tapi, saya bukan seorang yang mudah mengalah! Jadi, saya kuatkan semangat dan tolong check paper work yang team mates saya buat. Dia kan kawan saya, saya kenalah tolong dia. Akhirnya, siap jua dalam masa dua hari! Satu kerja dah siap!

Next task yang kami kena buat ialah Radio Advertisement! Sebelum ini saya tak ada pengalaman langsung walaupun dulu adalah kutip sikit pengalaman rakaman iklan TV untuk subjek Marketing Communication. Tapi, saya cuma buat paper work jadi tak take part dalam rakaman iklan. Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja anak buah sekalian, saya kena amek port pasal iklan yang anak buah saya buat. Baiklah. Sejujurnya saya kurang berpuas hati terhadap kerja mereka tapi saya tak rasa nak marah pun sebab saya nampak EFFORT mereka. 

Jadi, dengan senang hati saya pun jadi director mereka walaupun task ini bukan kerja saya, taaaaaaaapi dorang kan anak buah saya? Saya ingatkan senang je nak buat iklan tapi rupanya susah juga! Kami rekod entah berapa puluh kali untuk dapatkan tone nada yang sesuai. Alhamdullilah, siap jua akhirnya. Part 2, siap! 

Semuanya dah siap dan tinggal nak submit je Jumaat ini. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.


Wordless Wednesday #2

So, I'm single because so far, no one can love me better than me.


Tuesday, October 11, 2011

Random #7

" Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya "

Saya sukakan rangkap di atas ini. Terlalu sukakannya kerana quote ini sangat kena dengan diri saya. Syukur saya dikelilingi orang yang melindungi saya. Syukur saya dikelilingi oleh orang yang menyayangi saya seadanya saya. Syukur, walaupun saya tak banyak cakap tapi saya tetap disukai oleh kawan-kawan. Syukur, alhamdullillah.

Dulu, pernah saya rasa bahawa hidup ini tidak adil. Sejak kecil lagi saya diajar untuk menjadi budak baik, hormati orang tua dan bersangka baik terhadap orang sekeliling. Kemudian apa yang saya dapat? Saya dapat luka, saya dapat sengsara. Tak semua kebaikan yang saya lakukan dihargai orang lain. Saya rasa hidup ini tidak adil! Kenapa saya yang perlu terluka teruk? Kenapa saya yang jadi mangsa ditipu? Kenapa saya? Dan saya pun menangis dan menangis macam budak kecik. Haishhhh >.<

Kemudian, baru saya sedar akan hikmahnya. Saya sedar bahawa apa yang saya lalui itu merupakan pengajaran untuk saya. Pengalaman yang menjadikan jiwa saya lebih kuat berbanding dahulu. Pengalaman yang mengajar saya untuk menjadi penilai yang baik. Pengalaman bahawa hidup ini tak semestinya indah belaka. Iya, pengalaman mengajar saya untuk menjadi diri saya yang sekarang! Alhamdullilah.


ALLAH temukan saya dengan orang-orang yang lebih baik daripada dahulu. Rupanya DIA sayangkan saya sebab itu dia temukan saya dengan pilihan-pilihan yang tersangat baik! Saya rasa seronok berkawan dengan mereka. Ya Allah, sayangnya KAU terhadap ku.

* I know that he miss me. Kalau tak, takkanlah study tengah malam pun sempat sms I? Muahahaha :p


Melepak cara AM

Lama saya termenung sebelum mula menaip. Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, mungkin saya patut kembali kepada bentuk penulisan asal saya yang lebih kepada luahan hati saya. Mungkin? Tapi saya dah buat keputusan bahawa saya akan terus menaip apa yang saya rasa nak taip. That's it! :)


Saya habiskan masa terluang saya selama dua minggu dengan membaca tetralogi Lasykar Pelangi. Buku-buku ini saya pinjam dari seorang abang yang suka membaca. Masa saya memula membaca, saya rasa macam tak best tapi saya teruskan membaca sampai habis buku pertama dan saya sukakannya! Saya sukakan buku dan minat saya lebih kepada linguistic. Saya rasa, saya hanya akan menjadi 'gila' bila berada dalam book store yang dipenuhi dengan buku-buku!

Sebenarnya, masa saya banyak dihabiskan dengan membaca buku; selain dari kerja dan belajar. Saya jarang keluar rumah sebab saya ada banyak aktiviti yang saya nak buat ( termasuk blogging ) hehe. Mungkin sebab hari saya penuh dengan aktiviti, maka saya prefer stay di rumah bila saya cuti. Iyalah. Tapi, saya rasa itulah aktiviti paling sihat. 

Saya mana ada teman nak diajak keluar dating. Kawan-kawan saya yang lain pula suka keluar malam pergi karaoke dan kalau boleh list aktiviti yang paling saya tak suka buat, ' berkaraoke ' jatuh tempat pertama! Saya tak suka pergi tempat-tempat macam itu. Bising!

Saya prefer duduk di kedai mamak, ngeteh ramai-ramai dan borak bersama mereka. Saya prefer cara release tension cara begitu. Kadang-kadang datang juga mood saya nak makan eskem sundae coklat, maka saya prefer lepak di Mcdonald sambil baca novel! Cara saya melepak memang begitu. Jadi, ada sesape nak melepak cara saya? haha

* saya rasa, saya adalah antara orang yang paling membosankan di dunia ini.

Monday, October 10, 2011

Hidup Lama

Assalamualaikum

I just finishing tengok gambar-gambar dalam fesbuk. Gambar terbaru pasal Kem Orientasi Sukma 2012 yang diadakan bebaru ini dekat Air Papan, Mersing. Lepas habis tengok semua gambar mereka, saya rasa macam :

' Kenapa zaman aku jadi atlet dulu tak berpeluang pergi kem tepi laut macam ini? '

Sumpah. Saya rindu sangat akan kehidupan saya yang dulu. Hidup saya semasa zaman menengah atas banyak dihabiskan di pusat latihan perahu layar, sekolah, kejohanan di negeri dalam Malaysia, kem motivasi dan tuisyen. Saya tak tipu tapi itulah hidup saya, aktiviti saya semasa saya di tingkatan empat dan lima. Bukan setakat itu, rutin itu saya teruskan juga sehingga tahun kedua pengajian diploma saya di Kolej Sunway. Saya rindu jadi atlet! 

Jadi atlet memang susah dan banyak komitmen yang diperlukan. Saya akui statement itu kerana semasa saya jadi atlet, fokus saya hanya kepada latihan, game, latihan dan SUKMA. Saya tak macam remaja perempuan lain yang sibuk ber-dating bersama pakwe mereka, hang-out dengan kawan-kawan atau keluar lepak bersama famili. Saya tak ada masa bersama mereka kerana masa saya dihabiskan di pusat latihan. Tapi, saya tak menyesal pun. Tidak ada setitis penyesalan pun bila saya involves dalam dunia sukan kerana saya jumpa jiwa saya!



Saya terfikir sejenak, mungkin saya boleh kembali menjadi atlet semula? Sumpah. Saya terlalu rindukan laut, arus, matahari dan angin yang kuat! Saya sukakan aktiviti yang lasak. Walaupun muka saya bercalit make-up yang nipis, saya memakai selendang lilii-lilit sebab malas; tapi saya lasak okey! Konklusi, saya rindukan hidup lama saya.




Soal Hati dan Persahabatan


Seminggu berlalu dan bermulalah hari Isnin untuk minggu kedua bulan Oktober. Minggu yang lepas saya harungi dengan seribu macam jenis masalah membabitkan soal hati, perasaan dan juga persahabatan. Bagaimana harus saya mulakan ye?

Seperti yang rakan-rakan saya mengenali saya diluar, mereka sedia maklum bahawa saya seorang yang pendiam pada dasarnya dan celoteh saya hanya terhadap orang yang saya benar-benar selesa. Mungkin kerana sikap saya yang banyak diam, menjadikan rakan-rakan selesa meluahkan masalah mereka pada saya. At the end of the day, secara automatiknya saya menjadi kaunselor tak berbayar tapi saya tak kisah kerana saya sayangkan kawan-kawan saya sebagaimana mereka menyayangi saya.

Bagaimana saya tahu?

Mereka melindungi saya dengan cukup baik. Mereka tahu saya tak berminat untuk bercinta atau berkenalan dengan lelaki, maka mereka refuse untuk menolong lelaki-lelaki yang cuba merasuah kawan-kawan saya. Saya rasa kebahagiaan hidup saya lebih kepada berada di sekeliling orang yang melindungi saya dan sedia maklum akan prinsip hidup saya. Saya lebih tertarik kepada orang yang melindungi saya dan bukan pada yang akan melukai saya. Saya lebih percayakan mata saya dan apa yang saya nampak? Saya nampak bahawa saya dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi saya.

Habis tu?
  
Buat masa ini, saya memang tak berminat untuk bercinta atau mempunyai bf. Menyusahkan! Lebih tepat, saya takut terluka sekali lagi. Saya jatuh dan saya bangun untuk kembali menjadi diri saya yang sekarang. Cukuplah saya terluka dua kali dan saya rasa saya tak mampu untuk luka lagi sekali. Saya bukan setakat mencari seorang kekasih yang boleh gembirakan hari saya, tapi saya lebih kepada mencari seseorang yang mampu melindungi saya seperti ibu dan ayah, dan yang mampu menjadi khalifah saya, pemimpin saya pada masa hadapan. Insyallah.


 So???

Setelah berlalunya minggu lepas, saya rasa terharu sangat dengan persahabatan yang saya ada sekarang. Saya rasa bertuah sangat sebab Allah mengasihi saya dan DIA jauhkan saya dari kesesatan. Saya percaya sangat apa yang berlaku selama ini ada sejuta macam hikmah yang tersembunyi. Saya percaya pada hati saya juga. Insyallah saya takkan tersilap dalam memilih kawan. Amin.

Thursday, October 6, 2011

Random #6


“True, that he’s no Prince Charming, but there’s something in him that I simply didn’t see.” 

Random #5

Hello guys! 
Sedar tak sedar dah masuk hari Khamis and my semester break hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Okey, cepat sangat masa berlalu dan saya pun hampir lupa hari ini hari apa. BTW, hari ini I'm OFF from work. Again? Well, since my shop manager nampak condition saya yang sangat tak baik ( I'm having flu ) maka beliau menyarankan saya OFF untuk hari ini dan kembali bekerja seperti biasa pada hari Jumaat. See, how nice is she right? :)
Last Monday, I went for a celebration party for one of my friend. Mungkin kerana muka saya nie muka innocent dan muka tak bersalah, maka bila saya diminta berlakon semata-mata nak menjayakan surprise party kawan kami itu, saya berjaya! ( Perasan ke hape minah ni?haha ) Maafkan saya sebab menipu tapi saya tahu awak tak marah pun kat saya kan? I enjoy cheese cake yang sangatttt sedap malam tu. Saya dah lupakan misi DIET yang mengarut itu. Mereka cakap orang dah sedia kurus macam saya nie nak diet ke hape? Well, saya tak nak laah jadi plywood! TAK NAK! Jadi, saya makan seperti biasa cuma kenkadang sikap terlupa makan masih ada dalam diri.
What else?
Kebelakangan ini secara tetiba saya jadi perhatian ramai. Saya rasa malu dan terganggu. Saya rasa mereka yang mengganggu saya nie tak hormatkan saya. Saya tak suka dan saya menyampah. Tapi pada masa yang sama saya seronok malukan mereka semula. Lagipun, saya peduli hape kan? Saya rasa tak salah pun lindungi hati saya daripada terluka. Saya rasa tak salah pun kalau saya tak nak kenal mereka semua dan jika mereka cakap saya sombong dan berlagak, saya tak kisah. Saya ada maruah diri saya dan saya tak suka dengan cara mereka. Mereka psiko! Ewwwww
' Sebagaimana KAU mencantikkanku, maka elokkanlah perangaiku. Amin. '

Tuesday, October 4, 2011

Random #4

It's been a while ever since my last entry. I'm kinda busy with my life, with my assignment and I straight away go to work afta finishing my class. What a busy life but I love it! By the way, currently I'm in the middle of semester break. Eh? Cepatnya dah sem-break? Well, lagi saya suka sebab ada masa nak siapkan assignment. Tujuan saya update blog pada hari ini adalah untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh kenalan sekeliling saya. Mungkin jawapan saya ini boleh puaskan hati kalian? :)

Ada segelintir rakan saya cakap saya tak serius dan suka bermain sepanjang masa. Eh?

Ooh, anda belum cukup kenal saya. Time saya serius, jangan harap laa anda dapat tengok senyuman manis saya yang menampakkan lesung pipit di kedua belah pipi. Time saya serius, jangan harap laa anda dapat bergurau benda-benda yang tak berkaitan dengan kerja yang saya lakukan. Ooh ye, time saya dah serius, saya minta maaf kalau nada suara saya tak selembut yang kamu dengar selalu. Well, itulah saya! Time saya buat kerja sahaja saya serius. Takkanlah saya nak serius sepanjang masa? Pssst, kalau nak tahu muka saya nampak muda sebab saya senyum selalu. So, senyumlah selalu untuk kelihatan muda belia seperti saya! haha
 
Kenapa you masih manja macam budak-budak?

Ye ke? Maaflah, saya tak tahu pun kelakuan saya manja. Betul, saya tak perasan. Tapi korang tahu kan umur 20 tahun ke 21 tahun adalah peralihan antara teenage ke young adult? Mungkin saya masih dalam mood peralihan budak-budak ke dewasa. Mungkinlah. Mana saya tahu!haha

Awak memang tak suka lelaki eh? 
I tengok you kerek dengan lelaki macam you nie cantik sangat je.

Amboiiii, sedas aku dapat soklan mulut laser. Ooh my! Saya nie perempuan normal dan mestilah saya sukakan lelaki! Ingat saya nie tak ada nafsu hape? Gila!haha. Saya kerek? Okey, yang part ini saya cukup mengaku bahawa saya memilih dalam berkawan dengan lelaki. Friend list kawan lelaki yang rapat dengan saya terrrrrrsangat limited. Maaflah, saya bukan jenis perempuan open minded yang boleh diajak keluar sesuka hati kecuali saya dah lama kenal anda dan kita keluar ramai-ramai. Memanglah saya poyo dan cakap ikut sedap mulut tapi saya bukan orang yang boleh dibuat bahan mainan. Saya hanya mingle dengan orang yang saya selesa sahaja.

I tak faham dengan you. You nie xde mulut ke nak bercakap?
Tahu senyum je. Nganjing hape?

Eh? Saya memang ada sikap suka nganjing orang tapi through senyuman? Saya rasa, itulah manner yang paling sopan saya boleh buat. Kalau saya start bercakap, takut lukakan sesiapa yang terasa je. Kalau saya tak suka, saya diamkan je dan tak cakap apa-apa. Well, still ada masalah lagi ke?

Korang couple ke? Awak tahu saya tengah cakapkan siapa.

Well, soalan ini agak private sedikit. Boleh tak kalau tak nak jawab? haha. Baiklah. Saya panggil dia BF dan dia panggil saya GF. Fullstop. Ini sahaja jawapan yang saya boleh bagi. Sekian.haha.

Marah lagi ke dekat bekas bf?

Ini soalan apa plak nie? Well, saya memang menyampah dekat dia. Hipokrit. Saya benci lelaki hipokrit yang tahu mainkan perasaan perempuan. Semoga awak mendapat balasan terhadap apa yang awak lakukan kepada perempuan-perempuan yang kononnya awak tak ada niat nak sakitkan. 

Boleh saya usha awak?

You memang funny tapi minta maaf, saya tak berminat. Kan saya dah beritahu saya hanya suka berkawan. Lagipun saya rasa saya sukakan someone out there.haha.

You nie true malay ke? I tengok muka you tak macam muka Melayu pun. 
Futhermore, you cakap mandarin!

Hello!!! I nie Melayu keturunan Jawa yang sejati okey? Habis tu, xkanlah I nie minah Indo plak? Malaysian and proudly a Johorean tahu tak? I cakap Mandarin sebab I came from Chinese school. Hendak seribu daya. Kalau korang nak belajar cakap mandarin pun boleh taw! Hence, BF pun tengah belajar Mandarin dengan GF! haha :p