Wednesday, October 12, 2011

Bila semua dah siap, hati AM pun riang ria laaah!

Hoooooray
Finally I've completed my Fundamentals of Marketing assignment!!! Super duper happy laaa weh!!! Tahu tak berapa lama masa yang kami ambil untuk siapkan? Hard work selama dua minggu akhirnya siap jua akhirnya!!! Yeaaaaay!!!

Selama ini saya selalu mengelak dari mengambil tugas menjadi editor TAPI kali ini saya terpaksa juga ambil tugas ini kerana kenkawan yang lain cakap saya lebih bagus dalam linguistik, maka saya kena ambil tugas ini. Okey, saya mengaku bahawa kerja edit-mengedit assignment dan paper work sebanyak sepuluh helai merupakan tugasan yang boleh buat saya sakit kepala, nak muntah darah pun ada ( ayat je lebih padahal tak pun ) dan blablabla. Susaaaaaaaaah tahu tak? Tapi, saya bukan seorang yang mudah mengalah! Jadi, saya kuatkan semangat dan tolong check paper work yang team mates saya buat. Dia kan kawan saya, saya kenalah tolong dia. Akhirnya, siap jua dalam masa dua hari! Satu kerja dah siap!

Next task yang kami kena buat ialah Radio Advertisement! Sebelum ini saya tak ada pengalaman langsung walaupun dulu adalah kutip sikit pengalaman rakaman iklan TV untuk subjek Marketing Communication. Tapi, saya cuma buat paper work jadi tak take part dalam rakaman iklan. Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja anak buah sekalian, saya kena amek port pasal iklan yang anak buah saya buat. Baiklah. Sejujurnya saya kurang berpuas hati terhadap kerja mereka tapi saya tak rasa nak marah pun sebab saya nampak EFFORT mereka. 

Jadi, dengan senang hati saya pun jadi director mereka walaupun task ini bukan kerja saya, taaaaaaaapi dorang kan anak buah saya? Saya ingatkan senang je nak buat iklan tapi rupanya susah juga! Kami rekod entah berapa puluh kali untuk dapatkan tone nada yang sesuai. Alhamdullilah, siap jua akhirnya. Part 2, siap! 

Semuanya dah siap dan tinggal nak submit je Jumaat ini. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.


No comments:

Post a Comment