Random #5
Hello guys!
Sedar tak sedar dah masuk hari Khamis and my semester break hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Okey, cepat sangat masa berlalu dan saya pun hampir lupa hari ini hari apa. BTW, hari ini I'm OFF from work. Again? Well, since my shop manager nampak condition saya yang sangat tak baik ( I'm having flu ) maka beliau menyarankan saya OFF untuk hari ini dan kembali bekerja seperti biasa pada hari Jumaat. See, how nice is she right? :)
Last Monday, I went for a celebration party for one of my friend. Mungkin kerana muka saya nie muka innocent dan muka tak bersalah, maka bila saya diminta berlakon semata-mata nak menjayakan surprise party kawan kami itu, saya berjaya! ( Perasan ke hape minah ni?haha ) Maafkan saya sebab menipu tapi saya tahu awak tak marah pun kat saya kan? I enjoy cheese cake yang sangatttt sedap malam tu. Saya dah lupakan misi DIET yang mengarut itu. Mereka cakap orang dah sedia kurus macam saya nie nak diet ke hape? Well, saya tak nak laah jadi plywood! TAK NAK! Jadi, saya makan seperti biasa cuma kenkadang sikap terlupa makan masih ada dalam diri.
What else?
Kebelakangan ini secara tetiba saya jadi perhatian ramai. Saya rasa malu dan terganggu. Saya rasa mereka yang mengganggu saya nie tak hormatkan saya. Saya tak suka dan saya menyampah. Tapi pada masa yang sama saya seronok malukan mereka semula. Lagipun, saya peduli hape kan? Saya rasa tak salah pun lindungi hati saya daripada terluka. Saya rasa tak salah pun kalau saya tak nak kenal mereka semua dan jika mereka cakap saya sombong dan berlagak, saya tak kisah. Saya ada maruah diri saya dan saya tak suka dengan cara mereka. Mereka psiko! Ewwwww
' Sebagaimana KAU mencantikkanku, maka elokkanlah perangaiku. Amin. '
No comments:
Post a Comment