Monday, October 10, 2011

Hidup Lama

Assalamualaikum

I just finishing tengok gambar-gambar dalam fesbuk. Gambar terbaru pasal Kem Orientasi Sukma 2012 yang diadakan bebaru ini dekat Air Papan, Mersing. Lepas habis tengok semua gambar mereka, saya rasa macam :

' Kenapa zaman aku jadi atlet dulu tak berpeluang pergi kem tepi laut macam ini? '

Sumpah. Saya rindu sangat akan kehidupan saya yang dulu. Hidup saya semasa zaman menengah atas banyak dihabiskan di pusat latihan perahu layar, sekolah, kejohanan di negeri dalam Malaysia, kem motivasi dan tuisyen. Saya tak tipu tapi itulah hidup saya, aktiviti saya semasa saya di tingkatan empat dan lima. Bukan setakat itu, rutin itu saya teruskan juga sehingga tahun kedua pengajian diploma saya di Kolej Sunway. Saya rindu jadi atlet! 

Jadi atlet memang susah dan banyak komitmen yang diperlukan. Saya akui statement itu kerana semasa saya jadi atlet, fokus saya hanya kepada latihan, game, latihan dan SUKMA. Saya tak macam remaja perempuan lain yang sibuk ber-dating bersama pakwe mereka, hang-out dengan kawan-kawan atau keluar lepak bersama famili. Saya tak ada masa bersama mereka kerana masa saya dihabiskan di pusat latihan. Tapi, saya tak menyesal pun. Tidak ada setitis penyesalan pun bila saya involves dalam dunia sukan kerana saya jumpa jiwa saya!



Saya terfikir sejenak, mungkin saya boleh kembali menjadi atlet semula? Sumpah. Saya terlalu rindukan laut, arus, matahari dan angin yang kuat! Saya sukakan aktiviti yang lasak. Walaupun muka saya bercalit make-up yang nipis, saya memakai selendang lilii-lilit sebab malas; tapi saya lasak okey! Konklusi, saya rindukan hidup lama saya.




No comments:

Post a Comment