Monday, October 10, 2011

Soal Hati dan Persahabatan


Seminggu berlalu dan bermulalah hari Isnin untuk minggu kedua bulan Oktober. Minggu yang lepas saya harungi dengan seribu macam jenis masalah membabitkan soal hati, perasaan dan juga persahabatan. Bagaimana harus saya mulakan ye?

Seperti yang rakan-rakan saya mengenali saya diluar, mereka sedia maklum bahawa saya seorang yang pendiam pada dasarnya dan celoteh saya hanya terhadap orang yang saya benar-benar selesa. Mungkin kerana sikap saya yang banyak diam, menjadikan rakan-rakan selesa meluahkan masalah mereka pada saya. At the end of the day, secara automatiknya saya menjadi kaunselor tak berbayar tapi saya tak kisah kerana saya sayangkan kawan-kawan saya sebagaimana mereka menyayangi saya.

Bagaimana saya tahu?

Mereka melindungi saya dengan cukup baik. Mereka tahu saya tak berminat untuk bercinta atau berkenalan dengan lelaki, maka mereka refuse untuk menolong lelaki-lelaki yang cuba merasuah kawan-kawan saya. Saya rasa kebahagiaan hidup saya lebih kepada berada di sekeliling orang yang melindungi saya dan sedia maklum akan prinsip hidup saya. Saya lebih tertarik kepada orang yang melindungi saya dan bukan pada yang akan melukai saya. Saya lebih percayakan mata saya dan apa yang saya nampak? Saya nampak bahawa saya dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi saya.

Habis tu?
  
Buat masa ini, saya memang tak berminat untuk bercinta atau mempunyai bf. Menyusahkan! Lebih tepat, saya takut terluka sekali lagi. Saya jatuh dan saya bangun untuk kembali menjadi diri saya yang sekarang. Cukuplah saya terluka dua kali dan saya rasa saya tak mampu untuk luka lagi sekali. Saya bukan setakat mencari seorang kekasih yang boleh gembirakan hari saya, tapi saya lebih kepada mencari seseorang yang mampu melindungi saya seperti ibu dan ayah, dan yang mampu menjadi khalifah saya, pemimpin saya pada masa hadapan. Insyallah.


 So???

Setelah berlalunya minggu lepas, saya rasa terharu sangat dengan persahabatan yang saya ada sekarang. Saya rasa bertuah sangat sebab Allah mengasihi saya dan DIA jauhkan saya dari kesesatan. Saya percaya sangat apa yang berlaku selama ini ada sejuta macam hikmah yang tersembunyi. Saya percaya pada hati saya juga. Insyallah saya takkan tersilap dalam memilih kawan. Amin.

No comments:

Post a Comment