Friday, January 4, 2013

Happy New Year 2013 :)

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2013!!!



Tahun baru, azam baru? Agak lama juga saya tinggalkan blog site ini. Andai kata si kekasih hati tidak beriya-riya nak baca blogsite saya nie, mungkin post saya akan terhenti setakat yang ada sahaja. Ah gitu? :)

24 Februari depan, genaplah usia saya sebanyak 22tahun. Terima kasih ibu ayah sebab membesarkan along dengan sebegini sihat dan gembira. Walaupun keluarga kita tak semewah orang lain, tapi hidup kita sederhana dan masih boleh makan minum seperti biasa. Mungkin kenkadang ada masa kena save dan berjimat bagai, tapi takper. Asalkan along masih kerja, along akan support keluarga kita :)

Kepada yang tersayang, bulan Feb juga genap setahun kita bersama.Terima kasih atas segala kasih sayang, perhatian dan segalanya yang awak curahkan. Tak dinafikan selama hampir setahun kita bersama, banyak pengalaman dan kenangan yang kita harungi bersama. Terima kasih sebab terima saya seadanya. Terima kasih sebab tak pernah putus asa dalam memujuk saya dikala saya marah, terima kasih sebab sentiasa marah saya pabila saya membuat kesilapan dan terima kasih atas segalanya yang kita harungi bersama. Semoga perhubungan kita akan kekal hingga jinjang pelamin, anak cucu, atok nenek dan blablabla :) Amin Amin Amin

Kepada officemate yang dikenali, terima kasih atas segala budi bicara anda selama saya berkerja di syarikat ini. Terima kasih tak terhingga kepada para ketua yang disayangi kerana menyayangi saya ibarat sayangkan seorang anak, beri tunjuk ajar, marah, dan membela saya dikala saya ditindas oleh orang lain. Terima kasih kerana sudi menerima dan mengambil saya sebagai salah satu daripada team Warehouse. Terima kasih juga kerana mengajar dan tunjukkan kepada saya kehidupan di luar, kehidupan realiti. Terima kasih boss :)

To do list 2013, insyallah:-

a) lesen kereta
b) kereta sendiri
c) ASB
d) back-packing

Listing saya tak banyak sebab listing di atas pun sudah cukup besar pada saya. Insyallah kalau dipermudahkan, segala listing itu berjaya saya penuhi. Amin. Amin

With love,

Ana

No comments:

Post a Comment