Thursday, April 4, 2013

Anggap ini semua satu pengajaran hidup

Status pesbuk aku ini hari : Semoga hari ini lebih baik daripada semalam

Bila aku dah meng-update status sebegitu, bukanlah bermakna aku sesaja nak update begitu. Tidak. Status itu merupakan satu doa yakni aku sangat berharap ini hari lebih baik dari semalam! Tersangat berharap! Tapi...

Tengah malam semalam aku selsema teruk. Oh ye, selsema aku makin teruk sejak menjak kebelakangan ini. Sampai kenkadang aku rasa tahap tensen aku makin tinggi sebab aku selsema. Ini serius. Jadi, bila aku bangun pagi, aku rasa sangat tak selesa dan baru aku perasan peti suara aku pun macam dah lari tone sikit. Aku suspek sebab satu malam aku selsema. Eh, ye ke? -,-

Pagi ini aku bersiap awal ke ofis sebab ayah nak bertolak ke KL selepas sahaja menghantar anak-anak beliau ke tempat kerja. Maka apabila dah sampai ofis, mood aku masih belum sampai sebab tone suara aku dah lari sikit. Amende ntah Ana nie. Tone lari sikit pun nak moody.

Memulakan kerja seawal jam 830am dan pepagi hari lagi aku dah kena bash dengan Manager baru aku. Mood terasa macam bengang, malu, kecewa dan rasa ' baiklah, memang salah aku pun. '

Ini hari semacam lebih teruk daripada semalam. Tapi, lebih baik aku take positive, ye dak? Setakat ini apa yang berlaku dah bagi effect mood aku untuk moody sehari suntuk. Tapi, ah. Itu semua syaitan laknat belaka. Aku masih menaip entri ini dengan muka berkerut sambil praktis praktis agar muka aku nampak manis dan ceria ini hari. 

Pekerja-pekerja aku sangat behave dengan aku. Maka, takkanlah aku nak lepaskan amarah pada mereka? Itu bukan aku. Bukan.



No comments:

Post a Comment