Wednesday, November 2, 2011

Syukur ke hadrat illahi

It's been a while since my very last entry! 

Fuyoooh, tak pernah-pernah saya tinggalkan blog ini tidak ber-update selama hampir sebulan. Ooh ye, kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dengan hidup saya. Terlalu banyak halangan dan rintangan yang saya tempuhi selama beberapa minggu ini. Syukur, saya mampu hadapinya dengan penuh tabah. Well, setiap masalah ada penyelesaiannya bukan? Jadi, kenalah banyak bersabar dan berusaha untuk selesaikannya.

What else?

Selasa lepas ( sehari sebelum Deepavali ) saya telah membuat keputusan untuk menghantar resume saya ke beberapa syarikat sekitar Johor Bahru ini. Mungkin rezeki berpihak kepada saya, hari Khamis saya mendapat panggilan untuk temu duga! Yeaaaaaaaay! Sejujurnya, ini merupakan temu duga pertama saya. Rasa super nervous pun ada tapi disebabkan saya nie suka cover macho ( pooorah ), jadi saya bersikap tenang dan rilekssss. Siapa cakap Ana Mustika nie tak berkemampuan? Kalaulah saya nie tak berkemampuan, mana mungkin saya diterima masuk ke syarikat hiasan dalaman multiinternational daripada Singapura! Syukur alhamdullillah. Apa yang paling menggembirakan hati saya mestilah sebab saya dapat sponsor untuk kembali belajar semula jika saya nak! Wooow, mestilah saya nak! Semoga segalanya bakal berjalan dengan lancar, amin.

Sekian.

Wednesday, October 19, 2011

Wednesday, October 12, 2011

Bila semua dah siap, hati AM pun riang ria laaah!

Hoooooray
Finally I've completed my Fundamentals of Marketing assignment!!! Super duper happy laaa weh!!! Tahu tak berapa lama masa yang kami ambil untuk siapkan? Hard work selama dua minggu akhirnya siap jua akhirnya!!! Yeaaaaay!!!

Selama ini saya selalu mengelak dari mengambil tugas menjadi editor TAPI kali ini saya terpaksa juga ambil tugas ini kerana kenkawan yang lain cakap saya lebih bagus dalam linguistik, maka saya kena ambil tugas ini. Okey, saya mengaku bahawa kerja edit-mengedit assignment dan paper work sebanyak sepuluh helai merupakan tugasan yang boleh buat saya sakit kepala, nak muntah darah pun ada ( ayat je lebih padahal tak pun ) dan blablabla. Susaaaaaaaaah tahu tak? Tapi, saya bukan seorang yang mudah mengalah! Jadi, saya kuatkan semangat dan tolong check paper work yang team mates saya buat. Dia kan kawan saya, saya kenalah tolong dia. Akhirnya, siap jua dalam masa dua hari! Satu kerja dah siap!

Next task yang kami kena buat ialah Radio Advertisement! Sebelum ini saya tak ada pengalaman langsung walaupun dulu adalah kutip sikit pengalaman rakaman iklan TV untuk subjek Marketing Communication. Tapi, saya cuma buat paper work jadi tak take part dalam rakaman iklan. Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja anak buah sekalian, saya kena amek port pasal iklan yang anak buah saya buat. Baiklah. Sejujurnya saya kurang berpuas hati terhadap kerja mereka tapi saya tak rasa nak marah pun sebab saya nampak EFFORT mereka. 

Jadi, dengan senang hati saya pun jadi director mereka walaupun task ini bukan kerja saya, taaaaaaaapi dorang kan anak buah saya? Saya ingatkan senang je nak buat iklan tapi rupanya susah juga! Kami rekod entah berapa puluh kali untuk dapatkan tone nada yang sesuai. Alhamdullilah, siap jua akhirnya. Part 2, siap! 

Semuanya dah siap dan tinggal nak submit je Jumaat ini. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.


Wordless Wednesday #2

So, I'm single because so far, no one can love me better than me.


Tuesday, October 11, 2011

Random #7

" Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya "

Saya sukakan rangkap di atas ini. Terlalu sukakannya kerana quote ini sangat kena dengan diri saya. Syukur saya dikelilingi orang yang melindungi saya. Syukur saya dikelilingi oleh orang yang menyayangi saya seadanya saya. Syukur, walaupun saya tak banyak cakap tapi saya tetap disukai oleh kawan-kawan. Syukur, alhamdullillah.

Dulu, pernah saya rasa bahawa hidup ini tidak adil. Sejak kecil lagi saya diajar untuk menjadi budak baik, hormati orang tua dan bersangka baik terhadap orang sekeliling. Kemudian apa yang saya dapat? Saya dapat luka, saya dapat sengsara. Tak semua kebaikan yang saya lakukan dihargai orang lain. Saya rasa hidup ini tidak adil! Kenapa saya yang perlu terluka teruk? Kenapa saya yang jadi mangsa ditipu? Kenapa saya? Dan saya pun menangis dan menangis macam budak kecik. Haishhhh >.<

Kemudian, baru saya sedar akan hikmahnya. Saya sedar bahawa apa yang saya lalui itu merupakan pengajaran untuk saya. Pengalaman yang menjadikan jiwa saya lebih kuat berbanding dahulu. Pengalaman yang mengajar saya untuk menjadi penilai yang baik. Pengalaman bahawa hidup ini tak semestinya indah belaka. Iya, pengalaman mengajar saya untuk menjadi diri saya yang sekarang! Alhamdullilah.


ALLAH temukan saya dengan orang-orang yang lebih baik daripada dahulu. Rupanya DIA sayangkan saya sebab itu dia temukan saya dengan pilihan-pilihan yang tersangat baik! Saya rasa seronok berkawan dengan mereka. Ya Allah, sayangnya KAU terhadap ku.

* I know that he miss me. Kalau tak, takkanlah study tengah malam pun sempat sms I? Muahahaha :p


Melepak cara AM

Lama saya termenung sebelum mula menaip. Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, mungkin saya patut kembali kepada bentuk penulisan asal saya yang lebih kepada luahan hati saya. Mungkin? Tapi saya dah buat keputusan bahawa saya akan terus menaip apa yang saya rasa nak taip. That's it! :)


Saya habiskan masa terluang saya selama dua minggu dengan membaca tetralogi Lasykar Pelangi. Buku-buku ini saya pinjam dari seorang abang yang suka membaca. Masa saya memula membaca, saya rasa macam tak best tapi saya teruskan membaca sampai habis buku pertama dan saya sukakannya! Saya sukakan buku dan minat saya lebih kepada linguistic. Saya rasa, saya hanya akan menjadi 'gila' bila berada dalam book store yang dipenuhi dengan buku-buku!

Sebenarnya, masa saya banyak dihabiskan dengan membaca buku; selain dari kerja dan belajar. Saya jarang keluar rumah sebab saya ada banyak aktiviti yang saya nak buat ( termasuk blogging ) hehe. Mungkin sebab hari saya penuh dengan aktiviti, maka saya prefer stay di rumah bila saya cuti. Iyalah. Tapi, saya rasa itulah aktiviti paling sihat. 

Saya mana ada teman nak diajak keluar dating. Kawan-kawan saya yang lain pula suka keluar malam pergi karaoke dan kalau boleh list aktiviti yang paling saya tak suka buat, ' berkaraoke ' jatuh tempat pertama! Saya tak suka pergi tempat-tempat macam itu. Bising!

Saya prefer duduk di kedai mamak, ngeteh ramai-ramai dan borak bersama mereka. Saya prefer cara release tension cara begitu. Kadang-kadang datang juga mood saya nak makan eskem sundae coklat, maka saya prefer lepak di Mcdonald sambil baca novel! Cara saya melepak memang begitu. Jadi, ada sesape nak melepak cara saya? haha

* saya rasa, saya adalah antara orang yang paling membosankan di dunia ini.

Monday, October 10, 2011

Hidup Lama

Assalamualaikum

I just finishing tengok gambar-gambar dalam fesbuk. Gambar terbaru pasal Kem Orientasi Sukma 2012 yang diadakan bebaru ini dekat Air Papan, Mersing. Lepas habis tengok semua gambar mereka, saya rasa macam :

' Kenapa zaman aku jadi atlet dulu tak berpeluang pergi kem tepi laut macam ini? '

Sumpah. Saya rindu sangat akan kehidupan saya yang dulu. Hidup saya semasa zaman menengah atas banyak dihabiskan di pusat latihan perahu layar, sekolah, kejohanan di negeri dalam Malaysia, kem motivasi dan tuisyen. Saya tak tipu tapi itulah hidup saya, aktiviti saya semasa saya di tingkatan empat dan lima. Bukan setakat itu, rutin itu saya teruskan juga sehingga tahun kedua pengajian diploma saya di Kolej Sunway. Saya rindu jadi atlet! 

Jadi atlet memang susah dan banyak komitmen yang diperlukan. Saya akui statement itu kerana semasa saya jadi atlet, fokus saya hanya kepada latihan, game, latihan dan SUKMA. Saya tak macam remaja perempuan lain yang sibuk ber-dating bersama pakwe mereka, hang-out dengan kawan-kawan atau keluar lepak bersama famili. Saya tak ada masa bersama mereka kerana masa saya dihabiskan di pusat latihan. Tapi, saya tak menyesal pun. Tidak ada setitis penyesalan pun bila saya involves dalam dunia sukan kerana saya jumpa jiwa saya!



Saya terfikir sejenak, mungkin saya boleh kembali menjadi atlet semula? Sumpah. Saya terlalu rindukan laut, arus, matahari dan angin yang kuat! Saya sukakan aktiviti yang lasak. Walaupun muka saya bercalit make-up yang nipis, saya memakai selendang lilii-lilit sebab malas; tapi saya lasak okey! Konklusi, saya rindukan hidup lama saya.