Friday, December 30, 2011

" Walau jauh mana kamu dan aku berada, semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kita "

#saya tunggu awak habis latihan 6 bulan

Friday, December 23, 2011

" It doesn't matter how many times you fall, 
the most important thing is you never giving up in trying to stand up again "


I've move on to another phrase in my life. From a teenager, I move on to another phrase called "college student" " and now I'm working in a company, out from the shell and see how the world really are. Woow!! Sesungguhnya masa itu emas dan masa itu ibarat pedang. Morale of the story? Hargailah masa sebab masa tak menunggu kita.

Sejak menjak aku keluar bekerja, banyak juga yang aku belajar, baik dari segi lumrah hidup dan adat permainan dalam dunia perniagaan. Tapi yang bestnya, aku totally apply apa yang aku pernah belajar masa zaman kolej dulu! Best gilerr sebab tiba-tiba segala menatang yang aku belajar dan hafal yang orang gila dulu, rupanya senang gilaaa bila apply dalam reality life!! Amazinggg!!

Ada kalanya, rasa macam geli hati pun ada sebab dulu aku punyalah meluat dan menyampah dengan finance tapi tup-tup bila aku kerja, aku still kenal deal dengan inventory dalam company tu!! Walaupun aku dalam Logistic & Warehouse Department, selain daripada melibatkan segala shipping, aku juga deal dengan para-para " Delivery Order " yang kadang-kadang aku rasa " mereka " bersikap tersangat kejam dengan aku sebab " mereka " datang bertimbun >___<

#kerja ofis jadi bos lebih sesuai

Working makes me see the world in the other side

Hellllllllllllllllllllloooooooo !!!!!

It's been two months since my very last post! Ooouch, kinda excited pun ada sebab akhirnya ada juga masa untuk update blog yang da laaaaaaaama sangat ditinggalkan. Lebih kurang ' imissyou ' laa gitu ^__^

By the way, I've moving on to another phrase in my life. From a student, I'm currently working as a department assistant in an interior design company. Sometimes, macam tak percaya pun ada sebab saya kan selalu menghadap buku sahaja dan secara tetiba saya sedang bekerja dalam syarikat besar. It's life!!!

Dulu, saya pernah terfikir juga cemana laa agaknya nasib saya nanti bila bekerja dalam syarikat. Almaklum, saya bukannya orang yang banyak bercakap ( ceeeeeeeeeeeh ), pastu saya takut kalau-kalau apa-apa tindakan saya atau perlakuan saya bakal menjahanamkan syarikat. See! Betapa negatifnya pemikiran Ana Mustika =_="

Itu je kot, sekian.


Wednesday, November 2, 2011

Syukur ke hadrat illahi

It's been a while since my very last entry! 

Fuyoooh, tak pernah-pernah saya tinggalkan blog ini tidak ber-update selama hampir sebulan. Ooh ye, kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dengan hidup saya. Terlalu banyak halangan dan rintangan yang saya tempuhi selama beberapa minggu ini. Syukur, saya mampu hadapinya dengan penuh tabah. Well, setiap masalah ada penyelesaiannya bukan? Jadi, kenalah banyak bersabar dan berusaha untuk selesaikannya.

What else?

Selasa lepas ( sehari sebelum Deepavali ) saya telah membuat keputusan untuk menghantar resume saya ke beberapa syarikat sekitar Johor Bahru ini. Mungkin rezeki berpihak kepada saya, hari Khamis saya mendapat panggilan untuk temu duga! Yeaaaaaaaay! Sejujurnya, ini merupakan temu duga pertama saya. Rasa super nervous pun ada tapi disebabkan saya nie suka cover macho ( pooorah ), jadi saya bersikap tenang dan rilekssss. Siapa cakap Ana Mustika nie tak berkemampuan? Kalaulah saya nie tak berkemampuan, mana mungkin saya diterima masuk ke syarikat hiasan dalaman multiinternational daripada Singapura! Syukur alhamdullillah. Apa yang paling menggembirakan hati saya mestilah sebab saya dapat sponsor untuk kembali belajar semula jika saya nak! Wooow, mestilah saya nak! Semoga segalanya bakal berjalan dengan lancar, amin.

Sekian.

Wednesday, October 19, 2011

Wednesday, October 12, 2011

Bila semua dah siap, hati AM pun riang ria laaah!

Hoooooray
Finally I've completed my Fundamentals of Marketing assignment!!! Super duper happy laaa weh!!! Tahu tak berapa lama masa yang kami ambil untuk siapkan? Hard work selama dua minggu akhirnya siap jua akhirnya!!! Yeaaaaay!!!

Selama ini saya selalu mengelak dari mengambil tugas menjadi editor TAPI kali ini saya terpaksa juga ambil tugas ini kerana kenkawan yang lain cakap saya lebih bagus dalam linguistik, maka saya kena ambil tugas ini. Okey, saya mengaku bahawa kerja edit-mengedit assignment dan paper work sebanyak sepuluh helai merupakan tugasan yang boleh buat saya sakit kepala, nak muntah darah pun ada ( ayat je lebih padahal tak pun ) dan blablabla. Susaaaaaaaaah tahu tak? Tapi, saya bukan seorang yang mudah mengalah! Jadi, saya kuatkan semangat dan tolong check paper work yang team mates saya buat. Dia kan kawan saya, saya kenalah tolong dia. Akhirnya, siap jua dalam masa dua hari! Satu kerja dah siap!

Next task yang kami kena buat ialah Radio Advertisement! Sebelum ini saya tak ada pengalaman langsung walaupun dulu adalah kutip sikit pengalaman rakaman iklan TV untuk subjek Marketing Communication. Tapi, saya cuma buat paper work jadi tak take part dalam rakaman iklan. Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja anak buah sekalian, saya kena amek port pasal iklan yang anak buah saya buat. Baiklah. Sejujurnya saya kurang berpuas hati terhadap kerja mereka tapi saya tak rasa nak marah pun sebab saya nampak EFFORT mereka. 

Jadi, dengan senang hati saya pun jadi director mereka walaupun task ini bukan kerja saya, taaaaaaaapi dorang kan anak buah saya? Saya ingatkan senang je nak buat iklan tapi rupanya susah juga! Kami rekod entah berapa puluh kali untuk dapatkan tone nada yang sesuai. Alhamdullilah, siap jua akhirnya. Part 2, siap! 

Semuanya dah siap dan tinggal nak submit je Jumaat ini. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.


Wordless Wednesday #2

So, I'm single because so far, no one can love me better than me.