Thursday, September 29, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Entri cepat-cepat taip
Greeetingggggs
Nak taip entri ini cepat-cepat sebab lepas ini saya nak terus pergi kerja. Hey! Habis kelas je terus pergi kerja? Mestilah! Saya boring duk umah lelama dan walaupun saya sedia maklum bahawa kerja sekolah a.k.a assignment Marketing saya sudah menunjukkan tanda-tanda belum nak siap lagi, tapi saya masih setia kerja dan kerja dan bila ada masa, saya curi dan sambung buat assignment saya. Hebat kan?
Kebelakangann ini, raaaaaaaamaaaaai sangat orang sekeliling yang duk asyik tegur bahawa badan aku kelihatan susut yang teramat. Jam tangan yang saya pakai pun semakin longgar dan cincin yang saya pakai pun nyaris tertanggal sebab jari-jemari saya makin kurus. Baiklah, saya mengaku bahawa saya tak makan sangat. Saya mengaku bahawa saya terlupa makan lagi-lagi bila melibatkan kerja yang saya buat dgn penuh khusyuk. Saya makan sehari sekali, itu pun kalau saya teringat. Hey! Apa nak jadi dengan awak nie Ana?
Tuesday, September 27, 2011
Random #2
Rambut baru kawan saya buat saya rasa nak gelak guling-guling. Eh, saya tak ada niat pun nak sakitkan hati sape-sape terutama sekali dia. Maka, saya download gambar beliau bersama rakan-rakan UTHM beliau agar beliau tak terasa yang saya tengah komen rambut baru beliau. Rambut yang dalam gambar ini ke? Entah tapi xkanlah saya nak letak gambar yang terang-terang menyuluhkan kebotakkan rambut beliau kan?
Hakikatnya, saya tahu sangat beliau terasa bahawa saya tengah bercerita pasal beliau. Beliau kan kawan yang paling best merangkap abang yang paling best merangkap tok guru kepada saya. Maka, haruslah saya sudahi entri ini dengan memuji beliau kelihatan kacak bergaya dengan rambut baru. Begitu? hahax
* beliau yang pakai seluar warna hijau tuu ha ^__^
Random
Saya rindu nak tengok sunset macam ini. This picture was taken two years ago dekat Esplanade Miri, Sarawak. Pukul 6pm pun suasana dah macam ini. Rindu laaa nak jumpa laut. Buat pengetahuan, saya bekas atlet pelayaran. Tahu tak? Belayar kat laut. Saya rindukan laut. Tapi laut nyaris tenggelamkan saya dan saya end up dekat wad ICU Hospital Alor Gajah. Syukur, tuhan berikan saya peluang untuk hidup semula.
Sila ignore-kan model yang tengah makan.
Subjek utama: makanan beliau.
Tetiba saya teringin nak makan Mee Racun yang beliau makan semasa beliau pulang ke Batu Pahat. Baiklah, mungkin saya patut Google resepi makanan itu dan masak sendiri? Mungkinlaaah. Tapi saya cuma reti masak meggi je, bagaimana? Ceh. dasar pemalas punya penulis. Belajar laaah. haha
Entry of introducing the writer's
Greetingsss from JB :))
JB stand for Johor Bahru. Kenapa Johor Bahru bukan Pasir Gudang? Sebab semasa entri ini ditulis, I ada kat Kolej Sunway yang terletak di daerah Johor Bahru, maka greetings from JB laaa kan? ^__^
Mana blog lama? Maaf. Saya dah privatekan blog lama atas isu-isu tertentu. Kepada rakan yang hanya mengenali saya melalui akaun FESBUK saya, nama saya Ana Mustika. Anak jati Johor Darul Takzim. Saya berumur 20 tahun dan bakal genap 21 tahun dalam tempoh masa 6 bulan lagi ( semasa entri ini ditaip) . Saya masih merupakan seorang pelajar kolej dalam jurusan perniagaan. Blog ini hanya sebagai suka-suka tempat saya update life saya sebagai seorang teenage girl, seorang rakan, seorang pendengar, seorang pelajar, seorang pekerja ( saya kerja part time ) dan sebagai seorang perempuan.
Itu sahaja kot. Till the next entry. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)


